Tip Lulus Ujian Kecekapan CA1C dan CA2C

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kasih dan sayang serta keizinanNya, saya dapat menduduki Ujian Kecekapan CA1C dan CA2C pada 19.1.2024 di Politeknik Seberang Perai yang lalu setelah mengikuti kursus selama seminggu.

Kami diajar oleh seorang pelatih yang cukup berpengalaman dalam bidang telekomunikasi ini iaitu En Nasir dan program ini diuruskan oleh utechtium sdn. bhd.

Pada mulanya saya agak berbelah bahagi untuk menduduki CA1C dan CA2C pada hari yang sama atau tidak.

Namun, setelah berfikir panjang, saya mohon petunjuk kepada Allah SWT saya membuat keputusan untuk menduduki Ujian Kecekapan CA1C dan CA2C pada hari yang sama.

Alhamdulillah, saya rakan-rakan yang menduduki peperiksaan ini hampir semua lulus.

Tip Untuk Lulus Ujian Kecekapan CA1C dan CA2C

Tip ini adalah pandangan peribadi saya yang baru pertama kali menduduki ujian kecekapan ini.

Mungkin, pandangan orang lain tidak sama.

Baiklah, tip saya mudah sahaja.

#1. Berdoa

Mohon petunjuk kepada Allah SWT, berdoa, solat hajat dan sebagainya.

#2.Baca dan catat nota penting.

Saya akan baca nota sekali lalu dan catatkan poin-poin penting yang di highlighkan oleh pelatih semasa dalam kursus.

#3. Buat ringkasan.

Setelah membaca dan membuat nota penting, ambil kertas dan buat ringkasan mengikut kefahaman sendiri.

# 4. Buat Latihan set soalan berulang kali

Secara ringkasnya, ingatan manusia ada 2 peringkat iaitu ingatan sementara dan ingatan kekal. Ingatan kekal akan menyimpan data lebih lama berbanding ingatan sementara.

Kita akan mudah ingat sesuatu perkara apabila perkara tersebut masuk ke dalam ingatan kekal. Salah satu cara untuk memasukkan data baharu ke dalam ingatan kekal adalah dengan mengulang-ulang sesuatu perkara banyak kali.

Setiap orang tidak sama tahap kemampuan untuk mengingat. Hanya diri sendiri yang tahu kemampuan dirinya.

Oleh itu, untuk mengingat soalan dan jawapan yang betul bagi Ujian kecekapan CA1C dan CA2C, maka ulangilah buat latihan set soalan berulang-ulang.

Kalau anda jenis mudah ingat, mungkin sekali ulang sudah memadai.

Di bawah ini adalah contoh set soalan yang saya sendiri gunakan untuk membuat latihan berulang-ulang kali.

Contoh soalan CA1C

Set Soalan

Contoh soalan CA2C

Set Soalan 1

Set Soalan 2

Bidang telekomunikasi di Malaysia kini memang menyediakan peluang pekerjaan yang luas. Tambahan pula, teknologi seperti 5G sedang berkembang luas dan tidak mustahil pada masa akan datang, teknologi 6G juga akan datang ke rumah kita.

Saya doakan kepada anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang telekomonukasi akan berjaya dan berjasa kepada masyarakat.

Leave a comment